Monday, November 29, 2010

ALHAMDULILLAH

AlhamdulilLah, setinggi kesyukuran diucapkan kepada Tuhan sekalian alam yang telah membenarkan wujudnya wadah bagi PASTI Uwais Al Qarni, Taman Tunku Sarina, Jitra, Kedah berhubung dengan dunia luar.

Untuk makluman, PASTI Uwais Al Qarni akan memulakan sesi persekolahannya yang pertama pada 29 Disember 2010 bagi kemasukan murid 4, 5 dan 6 tahun bagi tahun 2011. Ia dinamakan sebagai Minggu Transisi PASTI bagi menyesuaikan murid-murid PASTI dengan persekitaran, kawan-kawan baharu dan juga cikgu.

InsyaAllah, makluman akan dikemaskini dari masa ke semasa. Bagi waris yang masih belum mendaftar anaknya di PASTI Uwais Al-Qarni, anda masih mempunyai kesempatan untuk maksud tersebut. Hubungi 017-7503536 untuk maklumat lanjut.