Sunday, November 24, 2013

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam



Dalam mendidik anak, lebih baik kita contohi apa yang disarankan oleh Rasulullah dan pakar kanak-kanak yang telah buat kajian dan penemuan. Di sini saya kongsikan tips-tips bersama anak membesar dari laman http://myibrah.com/panduan-mendidik-anak-mengikut-islam sebagai panduan kepada kita semua agar tidak tersalah membesarkan anak.
 
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Friday, April 13, 2012

JAWATAN KOSONG TELAH DIISI

Alhamdulillah.. baru berapa hari iklan kekosongan jawatan guru dibuat, berpusu-pusu orang telefon. Ini membuktikan masih ramai di luar sana yang cintakan Islam dan ingin menyumbang bakti sebagai pendidik demi melahirkan generasi yang tidak buta Alquran, yang mengenal Allah Tuhan sekalian makhluk dan Nabi Muhammah ibn Abdillah Rasulullah dan kekasih Allah.

Jazakallahu khoiron kasiro kepada yang hubungi kami. Mohon maaf kepada yang tidak sempat hubungi kami lebih awal. Kami mencadangkan kepada yang masih mencari ruang untuk menjadi guru PASTI, agar meng'email'kan sedikit butiran peribadi anda seperi NAMA, No.KP, ALAMAT dan  NO TEL ke pastiuwaisalqarni@gmail.com. Kami akan masukkan butiran anda di dalam senarai Bank Guru kami dan InsyaAllah kami akan hubungi anda jika terdapat kekosongan jawatan guru PASTI di kawasan Kubang Pasu.

Sunday, April 8, 2012

JAWATAN KOSONG - GURU PASTI diperlukan segera

hubungi kami segera. Kalau ada adik beradik mana2 dok tgh cari kerja nak jadi cikgu tadika tu, bleh la mintak dia telefon kami..

ini adalah antara saham untuk 'di sana' untuk sesiapa yang memahami..

Saturday, October 15, 2011

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1432

Mengimbau kenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432 yang telah diadakan pada September 2011. Pelbagai juadah disediakan dan juga dibawa oleh anak-anak soleh PASTI Uwais Al-Qarni yang sungguh lazat dan membuka selera. Antaranya adalah kuih-muih tradisional seperti bahulu ikan, maamor, agar-agar, kuih bangkit, loyang dan sebagainya.






Ada juga yang bawa maruku, kerepek ubi, tart jem nenas, almond london, kek, nasi impit dan lontong. Kak Nor (penyedia makanan harian PASTI) juga sponsor air yang sungguh sedap sebagai penghilang dahaga.






Lihatlah anak-anak soleh PASTI ini, dalam kemeriahan menyambut HAri Raya, masih lagi nak mengadap buku. Mentelaah dengan riang ria.






Terima kasih kepada waris-waris yang turut menyumbang makanan dan tenaga dalam menjayakan program tersebut. Terima kasih tak terhingga juga kepada guru-guru yang sungguh berdedikasi melayan karenah anak-anak soleh PASTI setiap hari.

Monday, October 10, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Ibubapa yang cemerlang. Di manakah anak-anak tuan/puan akan menghabiskan masa sepanjang cuti persekolahan ini? Adakah hanya duduk di rumah menonton tv? Menonton cerita kartun yang tidak mendatangkan faedah kepada akhlak dan aqidah mereka?



PASTI Uwais Al-Qarni menjemput tuan/puan menjadi sebahagian dari waris bijak dengan mendaftarkan anak-anak tuan/puan untuk mengikuti program cuti sekolah 2011 Kem Anak Soleh. Pendaftaran telah dibuka, daftarlah segera kerana ia hanya terbuka untuk 30 orang anak-anak soleh/solehah sahaja.

PENDAFTARAN MURID PASTI TAHUN 2012 DIBUKA

Jadilah ibubapa yang bijak dengan mendaftarkan anak-anak anda di PASTI. InsyaAllah, mereka akan menjadi yang terbaik di kalangan rakan-rakan apabila memasuki persekolahan nanti.

Monday, July 25, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Selamat datang wahai Ramadhan yang ditunggu. Bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Bulan dimana semua pintu-pintu syurga dibuka luas dan pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan dibelenggu demi memberi peluang sang manusia untuk meningkatkan ibadah pada sang Maha Pencipta langit dan bumi dan segala yang diantaranya.

Marilah bersama-sama kita mempertingkatkan mutu ibadat kita kepada-Nya. Lakukanlah solat Tarawikh yang hanya datang pada malam Ramadhan sebanyak 20 rakaat beserta 3 rakaat witir. Telah berkata Al-Habib Musa Kadzim dalam majlis Ummah Berselawat di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar pada 25 Julai 2011, "Sungguh pelik apabila masyarakat yang bersolat di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi yang setiap ibadat dan solat disana digandakan ganjarannya sehingga 100 ribu ganjaran. Mereka berebut-rebut mengerjakan solat tarawikh 20 rakaat dengan bacaan surah yang panjang setiap rakaat. Tetap masyarakat di negara kita yang tiada gandaan ganjaran solat melainkan hanya 27 ganjaran bagi yang berjemaah, hanya ingin bersolat tarawikh 8 rakaat".

Lebih malang lagi apabila ada diantara kita mengaitkan bilangan 8 rakaat tarawikh itu sebagai sunnah Rasullah SAW. Tahukah kita bagaimana mutu dan kualiti solat Rasulullah SAW yang dikatakan hanya 8 rakaat itu? Adakah Rasulullah seperti kita, solat 8 rakaat dan kemudian balik tengok tv cerita hantu, atau singgah di kedai kopi sebang yang bukan-bukan atau setidaknya mengumpat orang? Sama-samalah kita bermuhasabah.

Latihlah anak-annak kita supaya cintakan Ramadhan bukan kerana nak sambut raya, tetapi akan fadhilat yang terkandung di dalam madrasah Ramadhan yang tiada di bulan-bulan lain terutamanya satu malam yang melebihi kebaikan 1000 bulan di dalamnya.