Wednesday, June 15, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2011

Dah lama sangat dah tak update blog ni. Sibuk dengan macam-macam program.. Itu la erti hidup bermujahadah, takkan sepi dengan cabaran dan ujian. Sehingga terkadang memikirkan bagaimana seseorang muslim itu boleh duduk lama-lama di kedai kopi. Apakah sudah selesai tanggungjawabnya terhadap anak bini? sudah selesai kah tanggungjawabnya dengan kaum keluarganya? sudah selesaikah tanggungjawabnya terhadap jiran tetangga dan sebagainya? Dan yang paling penting, apakah sudah selesai melaksanakan tanggungjawabnya terhadap penciptanya iaitulah Allah Azza wa Jalla.

Sehubungan itu, sempena menyambut Hari Guru 2011 ini, saya menyeru semua guru terutamanya guru PASTI khususnya Guru PASTI Uwais Al-Qarni supaya berusaha lebih gigih. Jangan anggap segala usaha kita telah cukup, dan takutlah kepada penghitungan Allah di Yaumul Mahsyar. Sesungguhnya guru-guru PASTI diberikan kemuliaan oleh Allah untuk memperkenalkan anak-anak Muslim kepada tuhannya Allah Rabbul Jalil, untuk memperkenalkan mereka dengan Rasulullah sang lelaki kekasih Allah dan kekasih seluruh mukminin dan para auliyak Allah. Ini lah bekalan sebagai bonus kepada yang bergelar guru PASTI yang akan menjadi saham berterusan selagi ilmu yang diajar ini tersemat di dada anak Muslim dan akan disampaikan pula kepada anak cucunya apabila besar kelak. Jika perkara ini dilihat dan diperhatikan dengan mata hati, sudah pasti akan berduyun-duyunlah orang berebut untuk menjadi guru PASTI walaupun diberi elaun yang rendah. Redha Allah itulah yang paling penting kepada kita yang bergelar hamba kepada Allah. Beramallah untuk mencapai redha Allah dan meraih cinta Rasulullah SAW.

Selamat Hari Guru 2011.