Thursday, December 9, 2010

DALAM PROGRES

Pemandangan dari depan


 Misi,Visi dan Objektif PASTI untuk tatapan tetamu

 InsyaAllah kawasan ni akan disimenkan dan dibuat owning bagi memudahkan murid2 PASTI masa perhimpunan pagi


 Barang dan sedia, tunggu bala tentera nak ambush saja ni...


 Kawasan dapur, tempat makan nanti


 Bilik kelas



Ruang mini pejabat yang sentiasa menanti kehadiran waris untuk daftar anak bagi sessi 2011

GOTONG-ROYONG CUCI BANGUNAN PASTI


Beberapa orang ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS kawasan Kubang Pasu membuat gotong-royong mencuci bangunan yang baru disewa untuk dijadikan Pusat Asuhan Tunas Islam UWAIS AL-QARNI. Banyak wang telah habis dan akan habis. Jadi kepada sesiapa yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan, bolehlah hubungi Pengerusi PASTI Kawasan Kubang Pasu di talian 017-750 3536 atau bank-in ke akaun bank BIMB atas nama PASTI KAWASAN KUBANG PASU 02-039-01-005504-3

Cuci sampai bersih... Demi melahirkan generasi bertaqwa generasi al-Quran


10 - 15 Disember 2010 InsyaAllah akan disambung operasi gotong-royong. Kalau boleh sampai siap terus, dah tak berapa hari dah ni nak mula sekolah. Sapa yg sudi join, bleh la hadir bagi bantuan apa yang patut.

Monday, November 29, 2010

ALHAMDULILLAH

AlhamdulilLah, setinggi kesyukuran diucapkan kepada Tuhan sekalian alam yang telah membenarkan wujudnya wadah bagi PASTI Uwais Al Qarni, Taman Tunku Sarina, Jitra, Kedah berhubung dengan dunia luar.

Untuk makluman, PASTI Uwais Al Qarni akan memulakan sesi persekolahannya yang pertama pada 29 Disember 2010 bagi kemasukan murid 4, 5 dan 6 tahun bagi tahun 2011. Ia dinamakan sebagai Minggu Transisi PASTI bagi menyesuaikan murid-murid PASTI dengan persekitaran, kawan-kawan baharu dan juga cikgu.

InsyaAllah, makluman akan dikemaskini dari masa ke semasa. Bagi waris yang masih belum mendaftar anaknya di PASTI Uwais Al-Qarni, anda masih mempunyai kesempatan untuk maksud tersebut. Hubungi 017-7503536 untuk maklumat lanjut.