Monday, July 25, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Selamat datang wahai Ramadhan yang ditunggu. Bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Bulan dimana semua pintu-pintu syurga dibuka luas dan pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan dibelenggu demi memberi peluang sang manusia untuk meningkatkan ibadah pada sang Maha Pencipta langit dan bumi dan segala yang diantaranya.

Marilah bersama-sama kita mempertingkatkan mutu ibadat kita kepada-Nya. Lakukanlah solat Tarawikh yang hanya datang pada malam Ramadhan sebanyak 20 rakaat beserta 3 rakaat witir. Telah berkata Al-Habib Musa Kadzim dalam majlis Ummah Berselawat di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar pada 25 Julai 2011, "Sungguh pelik apabila masyarakat yang bersolat di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi yang setiap ibadat dan solat disana digandakan ganjarannya sehingga 100 ribu ganjaran. Mereka berebut-rebut mengerjakan solat tarawikh 20 rakaat dengan bacaan surah yang panjang setiap rakaat. Tetap masyarakat di negara kita yang tiada gandaan ganjaran solat melainkan hanya 27 ganjaran bagi yang berjemaah, hanya ingin bersolat tarawikh 8 rakaat".

Lebih malang lagi apabila ada diantara kita mengaitkan bilangan 8 rakaat tarawikh itu sebagai sunnah Rasullah SAW. Tahukah kita bagaimana mutu dan kualiti solat Rasulullah SAW yang dikatakan hanya 8 rakaat itu? Adakah Rasulullah seperti kita, solat 8 rakaat dan kemudian balik tengok tv cerita hantu, atau singgah di kedai kopi sebang yang bukan-bukan atau setidaknya mengumpat orang? Sama-samalah kita bermuhasabah.

Latihlah anak-annak kita supaya cintakan Ramadhan bukan kerana nak sambut raya, tetapi akan fadhilat yang terkandung di dalam madrasah Ramadhan yang tiada di bulan-bulan lain terutamanya satu malam yang melebihi kebaikan 1000 bulan di dalamnya.