Saturday, October 15, 2011

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1432

Mengimbau kenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432 yang telah diadakan pada September 2011. Pelbagai juadah disediakan dan juga dibawa oleh anak-anak soleh PASTI Uwais Al-Qarni yang sungguh lazat dan membuka selera. Antaranya adalah kuih-muih tradisional seperti bahulu ikan, maamor, agar-agar, kuih bangkit, loyang dan sebagainya.






Ada juga yang bawa maruku, kerepek ubi, tart jem nenas, almond london, kek, nasi impit dan lontong. Kak Nor (penyedia makanan harian PASTI) juga sponsor air yang sungguh sedap sebagai penghilang dahaga.






Lihatlah anak-anak soleh PASTI ini, dalam kemeriahan menyambut HAri Raya, masih lagi nak mengadap buku. Mentelaah dengan riang ria.






Terima kasih kepada waris-waris yang turut menyumbang makanan dan tenaga dalam menjayakan program tersebut. Terima kasih tak terhingga juga kepada guru-guru yang sungguh berdedikasi melayan karenah anak-anak soleh PASTI setiap hari.

Monday, October 10, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Ibubapa yang cemerlang. Di manakah anak-anak tuan/puan akan menghabiskan masa sepanjang cuti persekolahan ini? Adakah hanya duduk di rumah menonton tv? Menonton cerita kartun yang tidak mendatangkan faedah kepada akhlak dan aqidah mereka?



PASTI Uwais Al-Qarni menjemput tuan/puan menjadi sebahagian dari waris bijak dengan mendaftarkan anak-anak tuan/puan untuk mengikuti program cuti sekolah 2011 Kem Anak Soleh. Pendaftaran telah dibuka, daftarlah segera kerana ia hanya terbuka untuk 30 orang anak-anak soleh/solehah sahaja.

PENDAFTARAN MURID PASTI TAHUN 2012 DIBUKA

Jadilah ibubapa yang bijak dengan mendaftarkan anak-anak anda di PASTI. InsyaAllah, mereka akan menjadi yang terbaik di kalangan rakan-rakan apabila memasuki persekolahan nanti.

Monday, July 25, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Selamat datang wahai Ramadhan yang ditunggu. Bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Bulan dimana semua pintu-pintu syurga dibuka luas dan pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan dibelenggu demi memberi peluang sang manusia untuk meningkatkan ibadah pada sang Maha Pencipta langit dan bumi dan segala yang diantaranya.

Marilah bersama-sama kita mempertingkatkan mutu ibadat kita kepada-Nya. Lakukanlah solat Tarawikh yang hanya datang pada malam Ramadhan sebanyak 20 rakaat beserta 3 rakaat witir. Telah berkata Al-Habib Musa Kadzim dalam majlis Ummah Berselawat di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar pada 25 Julai 2011, "Sungguh pelik apabila masyarakat yang bersolat di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi yang setiap ibadat dan solat disana digandakan ganjarannya sehingga 100 ribu ganjaran. Mereka berebut-rebut mengerjakan solat tarawikh 20 rakaat dengan bacaan surah yang panjang setiap rakaat. Tetap masyarakat di negara kita yang tiada gandaan ganjaran solat melainkan hanya 27 ganjaran bagi yang berjemaah, hanya ingin bersolat tarawikh 8 rakaat".

Lebih malang lagi apabila ada diantara kita mengaitkan bilangan 8 rakaat tarawikh itu sebagai sunnah Rasullah SAW. Tahukah kita bagaimana mutu dan kualiti solat Rasulullah SAW yang dikatakan hanya 8 rakaat itu? Adakah Rasulullah seperti kita, solat 8 rakaat dan kemudian balik tengok tv cerita hantu, atau singgah di kedai kopi sebang yang bukan-bukan atau setidaknya mengumpat orang? Sama-samalah kita bermuhasabah.

Latihlah anak-annak kita supaya cintakan Ramadhan bukan kerana nak sambut raya, tetapi akan fadhilat yang terkandung di dalam madrasah Ramadhan yang tiada di bulan-bulan lain terutamanya satu malam yang melebihi kebaikan 1000 bulan di dalamnya.

Wednesday, June 15, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2011

Dah lama sangat dah tak update blog ni. Sibuk dengan macam-macam program.. Itu la erti hidup bermujahadah, takkan sepi dengan cabaran dan ujian. Sehingga terkadang memikirkan bagaimana seseorang muslim itu boleh duduk lama-lama di kedai kopi. Apakah sudah selesai tanggungjawabnya terhadap anak bini? sudah selesai kah tanggungjawabnya dengan kaum keluarganya? sudah selesaikah tanggungjawabnya terhadap jiran tetangga dan sebagainya? Dan yang paling penting, apakah sudah selesai melaksanakan tanggungjawabnya terhadap penciptanya iaitulah Allah Azza wa Jalla.

Sehubungan itu, sempena menyambut Hari Guru 2011 ini, saya menyeru semua guru terutamanya guru PASTI khususnya Guru PASTI Uwais Al-Qarni supaya berusaha lebih gigih. Jangan anggap segala usaha kita telah cukup, dan takutlah kepada penghitungan Allah di Yaumul Mahsyar. Sesungguhnya guru-guru PASTI diberikan kemuliaan oleh Allah untuk memperkenalkan anak-anak Muslim kepada tuhannya Allah Rabbul Jalil, untuk memperkenalkan mereka dengan Rasulullah sang lelaki kekasih Allah dan kekasih seluruh mukminin dan para auliyak Allah. Ini lah bekalan sebagai bonus kepada yang bergelar guru PASTI yang akan menjadi saham berterusan selagi ilmu yang diajar ini tersemat di dada anak Muslim dan akan disampaikan pula kepada anak cucunya apabila besar kelak. Jika perkara ini dilihat dan diperhatikan dengan mata hati, sudah pasti akan berduyun-duyunlah orang berebut untuk menjadi guru PASTI walaupun diberi elaun yang rendah. Redha Allah itulah yang paling penting kepada kita yang bergelar hamba kepada Allah. Beramallah untuk mencapai redha Allah dan meraih cinta Rasulullah SAW.

Selamat Hari Guru 2011.

Wednesday, February 16, 2011

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432

Alhamdulillah, PASTI Uwais Al-Qarni telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidurrasul 1432 pada 16.2.2011 (Rabu). Perarakan disekitar kawasan kejiranan Jalan Sarina 2 telah bermula seawal 8.30pagi untuk mengelakkan panas diiringi dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.



 Anak-anak PASTI di asuh supaya mengenali Rasulullah pembawa kesejahteraan Ummah dan merupakan kekasih Allah mempunyai akhlak terbaik dan terpuji tiada tolok bandingannya.





 Jaga cikgu, dah nak terabur dah anak-anak kita tu... hehehe..



Bergambar seluruh warga PASTI UWAIS AL-QARNI 2011 bersama guru-guru (Cikgu Hajar, Cikgu Hidayah dan Cikgu Farhana)

 Setelah penat berarak, anak-anak PASTI dihidangkan dengan jamuan kuih muih (yang disponsor oleh waris anak PASTI) dan juga kek cokelat untuk menambahkan seri majlis tersebut.


 Anak-anak PASTI menanti juadah dihidang dengan penuh kesabaran sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.





 Cikgu mengagihkan juadah untuk dimakan selepas penat berarak.Jangan lupa baca doa makan tau...

 "Jemput la makan..."

 Tazkirah ringkas diberikan oleh sahabat masing-masing.

 Aik... tangan mana tu? Dah tegur dah tadi, tersilap lagi la tu...






Alhamdulillah. Semoga anak-anak PASTI ingat jasa Rasulullah yang membawa agama Islam sehingga kita semua diIslamkan secara automatik tanpa tentangan daripada sesiapa sepertimana yang diharungi oleh Rasulullah dulu.


Terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dari segi kewangan atau kuih muih. Semoga Allah membalas pemberian tersebut setimpalnya. Jazakumullah khairan kasiro.

Friday, January 7, 2011

ONE STOP CENTER

PASTI Uwais Al-Qarni jadi One Stop Center atau pusat pengumpulan buku-buku, baju dan keperluan PASTI yang lain. Kami terpaksa 'korban'kan salah sebuah bilik darjah untuk dijadikan stor atas permintaan PASTI Kawasan Kubang Pasu. Kami dimaklumkan bahawa PASTI Kawasan Kubang Pasu sedang memohon kepada pihak PAS Kawasan Kubang Pasu untuk mencari sebuah bilik yang bersesuaian untuk dijadikan stor simpanan barangan PASTI yang mudah di 'access' oleh guru-guru.

Antara buku dan baju yang tersimpan di salah sebuah biik darjah.

BUKA SEKOLAH 2011

 Alhamdulillah. Macam pisang goreng. Permintaan yang cukup tinggi untuk mendaftarkan anak di sini. PASTI kami memulakan sesi persekolahan hari pertama pada 29 dan 30 Disember 2011.

Cikgu menggunakan kreativiti sendiri dengan melukis gambar 'ultraman', 'spiderman', raksaksa dan bermacam lagi untuk memujuk anak PASTI yang menangis dan 'mengamuk'.


Cikgu memujuk dan 'melarikan' anak PASTI dari emaknya. Sat jer nangis, lepas tu terus jadi 'hero'.

Cikgu memberi taklimat pertama persekolahan kepada anak2 PASTI yang baru mendaftar pada hari pertama.
Salah seorang waris sedang mendaftarkan anaknya yang sudah tak sabar nak belajar di PASTI Uwais Al-Qarni.
Terima kasih kepada yang telah mendaftar dan mohon maaf banyak-banyak kepada yang tak sempat nak daftar. Kami terpaksa menutup sesi pendaftaran setelah bilangan pelajar mencecah 28 orang.